Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Mengenai Perempuan.

1. Kadang-kadang perempuan suka cakap yang dia tak kisah. Contohnya, " I tak kisah you nak keluar dengan kekawan you. Dorang lagi penting. Takpa keluar jelah. Malam ni tak payah message, call I okay. Hihi " Haha padahal dorang kisah sebenarnya.
2. Kadang-kadang perempuan memang susah nak start message dulu dekat lelaki yang dia sayang. Bukan apa, nanti orang ingat kaum perempuan ni yang terhegeh-hegeh. So kepada lelaki, jangan fikir perempuan tak sayang korang bila dia tak start message, call. Tak salah lelaki yang mulakan perbualan.
3. Jangan marah dan jangan kata tak suka kalau perempuan tu bersikap ego. Kadang-kadang perempuan terpaksa bersikap ego untuk mempertahankan maruah diri.
4.Perempuan paling tak suka kalau lelaki mendekati mereka hanya kerana mahu berkenalan dengan rakan-rakannya yang cantik sahaja. Berkawan biarlah ikhlas. Jangan lepas dah dapat yang cantik, yang hodoh ditinggalkan.
5. Bak kata Brader Leplep, perempuan suka lelaki yang wajahnya manis. Bukan mulutnya yang manis. So kepada lelaki sekalian, kalau korang nak bermanis mulut dengan isteri korang je. Itu digalakkan.

P/S : Please take note!