Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu.

  1. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  2. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  3. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  4. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
  5. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis yang disukai.
  6. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
  7. Lelaki juga boleh menangis!
  8. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekali pun.
  9. Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  10. Ketika seorang lelaki membuat "Hmm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untuk anda, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
  11. Lelaki sayangkan ibu mereka.
  12. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
  13. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
  14. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
  15. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
  16. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...
  17. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
  18. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
  19. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
  20. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
  21. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
  22. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
  23. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
  24. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
  25. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya"
  26. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
  27. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
  28. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up.
  29. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
  30. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
  31. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
  32. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi dia mengulangi perkara itu lagi dan meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
  33. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
  34. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
  35. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda,
  36. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
  37. Jika seorang lelaki kata kamu cantik, lelaki itu suka anda.
  38. Lelaki benci perempuan yang gedik.
  39. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka.
  40. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.